Pengikut

Isnin, 14 Februari 2011

Makanan itu bukan rezkiku

    Aku memang teramat sangat menyukai laksa. Selepas menjemput anak pulang dari sekolah agama, aku bergegas ke gerai Kak Chik. Laksanya yang memang Subhanallah... power.. menjadi hambatanku hampir setiap petang. Dengan tanpa ragu2 aku pasti hari ini ada habuan untukku.
    "Laksa ada lagi?" spontan aku bertanya. "Ada, tinggal satu!!" dengan keyakinan yang tinggi anakku menjerit minta disegerakan sebelum dirembat orang lain. Dalam hatiku tiada sedikitpun yakin Allah penentu rezki. Mungkin ujian untukku. Walaupun laksa depan mata bakal bertukar dengan wang yang ku genggam, tak semena-mena gadis di depanku juga mahukan laksa. Lantas laksa itu menjadi habuan gadis tadi. frust bukan main. namun aku tekan tekan dan tekan sampai 'penyek' nafsu marahku. Memanglah dalam hati marahkan gadis tersebut. manakan tidak, aku yang minta dulu dia pulak yang dapat. Kak Chik pun satu.. macamlah dia tak dengar kami menjerit minta laksa? kenapa diberi pd org yg terkemudian. huhuhuhu..
    Baruku teringat hadith dari Anas bin malik meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menutup mulutnya Allah akan menutup keburukannya dan barangsiapa menelan kemarahannya maka Allah akan menghindarkan dirinya dari azab, dan barangsiapa menyesali daripada dosa-dosanya dan memohon ampun kepada Allah makan allah akan menerima pengampunannya.(HRBaihaki).
    Astaghfirullah! ampunkan aku ya Allah.. aku lupa mengingatimu. Aku lupa rezki itu milikmu. Aku lupa jika aku bersabar, Allah gantikan laksa yang jauhhhhhh lebih lazat di SYURGA. Subhanallah aku tersenyum seketika bila mengingatkan gambaran syurga yg diterangkan oleh suamiku. Bukan sahaja laksa, malah apa sahaja, apa sahaja sekali lagi apa sahaja boleh dinikmati di SYURGA kelak.
   Semoga keyakinanku pada janji Allah akan semakin menebal. Hari ini tak dapat, mungkin esok Allah bagi laksa yang lebih lazat. nyum! nyum! nyum!
  Inilah kemanisan Taalim yang aku dapat minggu lepas. Tq Allah kerana memilihku untuk hadir ke majlis itu...

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum :)

    Benar kata akak tu. Seringkali kita terlupa yang memberikan rezeki adalah Allah swt. Seperti kata orang2 lama, walaupun dah ada dalam mulut, tapi jika dah di tetapkan bukan rezeki kita..akan keluar juga..kan kak..huhuu.. sabarr.. ada hikmahnya Allah x beri akak makan laksa hari tu.. boleh umu tanya... di penang akak duduk kawasan mana ye?

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam..
    Akak baru je buat usha ni.baru gak dalam bidang IT. Harap umu sudi bantu akak. Akka duk Air Itam. Umu pulak marhala mana?

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah hari ni dapat makan laksa. Thank You Allah :)

    BalasPadam


Mengenai Saya

Foto saya
Penang, Malaysia
Menjadi wanita solehah akhir zaman adalah idamanku dan keampunan Allah kudambakan selalu. semoga semangatku untuk menjadi daei akan terlaksana