Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

Putera kecilku mengenali usaha dakwah

Assalamualaikum.. minggu ini suami keluar 3 hari. Alhamdulillah sekali lagi dia terpilih untuk keluar di jalan Allah. Sesungguhnya sayalah isteri yang beruntung kerana dapat pahala free apabila benarkan dan galakkan suami keluar di jalan Allah. Dalam hati turut berdoa agar saya dimasukkan 500 tahun lebih awal untuk disolekkan dan bakal menyambut suami tercinta di pintu syurga. Hehehe pasti dia tak kenal isterinya dah berubah jadi si cantik manis 17. Wow!! tak dapat bayangkan mulutnya terlopong tanda terkezzzzutttt apabila disambut seorang wanita muda yang telah rapi didandan oleh bidadari syurga.. (hmm cukuplah setakat ini angan-angan saya).
          Lebih manis kali ini suamiku membawa putera sulung kami yang baru berusia 10 tahun keluar ke jalan Allah. Semoga di usia mudanya sudah ada kerut di dahi fikir dan risaukan umat akhir zaman yang telah jauh dari Islam. Biarlah dia mengulangi sejarah Saidina Ali yang zaman mudanya sudah bergitu kuat usaha dakwah bersama para Sahabat yang lain.
        Wahai puteraku.. hati ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak-anaknya. Namun ibu amat redha dan bangga apabila (anak ibu) insan semudamu sudah menawarkan diri untuk turut serta dalam perjuangan ayahmu. Pergilah nak... kutiplah sebanyak mungkin ilmu yang diajarkan. Rasailah kemanisan ibadahmu dalam perjuangan ini. Ibu membayangkan betapa dasyat cabaran yang mendatang di zaman remajamu. Hanya hamba yang ikut cara nabi dan sebarkan dahwah sahaja yang mampu berdepan dengan situasi mendatang.
      Di dunia kita jarang bertemu, moga Allah satukan kita sekeluarga di syurga...aminnnnn

2 ulasan:

  1. MasyaAllah..bergenang air mata umu baca kata2 akak buat anakanda tercinta.. sungguh ikhlas dalam memberi dorongan. x sabarnya umu nak didik anak2 ikut acuan sunnah sama seperti akak :)
    --> wah, umu tamak. dulu tengok orang sama2 buat usaha agama bersama suami tercinta, umu pun cepat2 doa nak perkara yang sama. Dah dapat suami, x sabar pulak nak anak..heheee. doa ye kak.

    BalasPadam
  2. Andai diberi kesempatan dan peluang, mahu saja dapatkan zuriat sebanyak mungkin. Buat umu yang baru mendirikan rumahtangga tu jangan bertangguh...biar miskin harta, tapi kaya dengan zuriat yang beri faedah pada agama...

    BalasPadam


Mengenai Saya

Foto saya
Penang, Malaysia
Menjadi wanita solehah akhir zaman adalah idamanku dan keampunan Allah kudambakan selalu. semoga semangatku untuk menjadi daei akan terlaksana